Ahad, 7 Februari 2010

Penjelasan

Salam
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih pada SJ(skot Johor) yang memberikan komen yang bernas dan membina.Biarlah saya menerangkan serba sedikit pengetahuan saya terhadap koperasi yang hendak ditubuhkan.

Koperasi Apperantis Putera Rejimen Artileri Di Raja 8/88 (selepas ini dikenali sebagai “KOPERASI”) ditubuhkan pada tahun 2010 oleh bekas-bekas pelajar APPRAD untuk melahirkan bakal-bakal usahawan, memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada ahli, mempertingkatkan pendapatan ahli, menggabungkan kemahiran sedia ada, serta member khidmat kebajikan sosio-ekonomi kepada ahlinya. Sesuai denga tujuannya untuk member peluang untuk memulakan perniagaan kepada ahlinya selain memberikan pulangan dan keuntungan yang lebih efektif kepada KOPERASI dan ahli, Biro Pemasaran KOPERASI melalui kertas kerja ini, ingin mencadangkan penglibatan pihak KOPERASI dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan,makanan,muzik dan ternakan lembu. Pihak KOPERASI akan bertindak sebagai pengurus projek bagi kerja-kerja penyelenggaraan ,makanan,muzik dan ternakan lembu ini, di mana pihak KOPERASI melantik ahli yang berpengalaman di dalam bidang teknikal untuk menguruskan projek, dengan dibantu oleh ahli-ahli KOPERASI yang baru sahaja bersara. Ini sekaligus bukan sahaja dapat memberikan peluang pekerjaan kepada ahli KOPERASI yang sudah bersara, malah boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada pihak KOPERASI.

Objektif

1. Menyediakan peluang pekerjaan kepada ahli, terutamanya untuk ahli yang sudah bersara.

2. Mendatangkan keuntungan kepada KOPERASI, sekaligus mengukuhkan dana KOPERASI.

3. Memperkenalkan nama KOPERASI kepada masyarakat umum melalui penglibatannya dalam kerja-kerja penyelenggaraan, sekaligus memberikan keyakinan kepada masyarakat untuk menjadi ahli KOPERASI.

4. Merapatkan hubungan persaudaraan sesama ahli melalui penglibatan bersama di dalam projek.

Oleh sebab itu kita mesti menyediakan kertas kerja yg berkaitan.So satu mesyuarat kecil diadakan bagi tujuan tersebut sebelum dibentang pada mesyuarat agong contoh pada re-union yang akan datang.Tidak timbul isu untuk menyembunyikan sesuatu dan mengecilkan atau mengenepikan sesiapa....Sekiranya ada skot2 yang berminat untuk membuat artikal atau proposal silakan pintu sentiasa terbuka...Untuk pengetahuan skot saya tidak pernah menganggap skot kita ada 148 org sebaliknya 150 org sebab biar pun jasad tidak ku lihat tapi semangat c8 tetap unggul dihati setelah sumpah setia kita lafazkan pada 1/8/88 bersama.Gempur-gempur wira ,maju-maju mara,rela berkorban jiwa, harta atau pun nyawa(hayatilah lagu tema kita)

Insan perhatian

Rabu, 3 Februari 2010

KOPERASI

AKU MEWAKILI SKOT SEPERTI RAJA AZMAN, MOKHTAR, HAZIZI, YUSOF, DAUD DAN WAN OTHMAN INGIN MENYATAKAN BAHAWA KAMI TIDAK BERSETUJU DENGAN PENUBUHAN KOPERASI. KALAU NAK TUBUH JUGAJANGAN MENGGUNAKAN SESEKALI NAMA APP SIRI 8 @ 8/88 @ KENA-MENGENA TTG SKOT KITA SBB BANYAK RISIKO YG DIPERLU DIKAJI. NAMA ITU DIPUNYAI OLEH 148 SKOT YANG ADA HAK TERHADAPNYA. BANYAK LAGI BENDA YANG PERLU KITA FIKIRKAN UNTUK PENUBUHAN KOPERASI TERSEBUT. KAMI SKOT KAWASAN SELATAN MENCADANGKAN FIKIRKAN DULU BILA KITA PERLUKAN ADAKAN REUNION SKOT KITA DAN DI SITU BARU KITA PUTUSKAN DENGAN SUARA RAMAI BUKAN SUARA YANG HANYA ADA DARI WAKIL 21 SKOT SAJA, NANTI ADA SKOT KITA YANG TERASA HATI DAH TUA2 NI. APA YANG AKU TULIS NI BUKAN NAK MENGADA2 TAPI INI KOMITMEN KAMI KAWASAN SELATAN BUAT PERJUMPAAN SELURUH JOHOR UTK MENCAPAI SATU KEPUTUSAN AGAR KITA SEDAR BAHAWA ADA RAMAI LAGI SKOT APP SIRI 8/88.,
----------------------------------------------------------------------
Assalammualaikum,
Di atas adalah latest posting dari http://perantisputera88.ning.com/forum/topics/hasil-perjumpaan-skotx-kawasan ,..Ini adalah respon dari ' skot aka team johor'. Cuma ana nak mencelah sedikit SECARA PERIBADI sebenarnya TIDAK ADA PAKSAAN pun kepada mana skot2 yang masih berkhidmat ataupun dan bersara ( spt ana ) join KOPERASI. Even ana sendiri pun tak pasti akan join . Tapi berilah ruang & peluang kepada skot aka rakan2 kita lain yang berminat untuk penubuhan Koperasi ni. Bukan senang sebenarnya dalam sesuatu gerak- kerja seperti nie. Wang,tenaga & masa sudah tentu memainkan peranan yang penting. ( credit shud be given to all involved in this matters)
Jika nak tunggu sehingga semua skot akan turun PAStu baru nak discuss , sampai bila ? ( setahun , duatahun ).
Apa pun terserah pada ANDA SEMUA.
INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI SAYA MD AKHIR@ EZRAL .
As for the rest of us....

KEEP IT COOL

Isnin, 25 Januari 2010

Samudera ker Syahbandar bro...

  • drop by kat umah awal tengok pojek lembu dier
  • Pojek ikan keli beb....
  • APO LOIIIII makan doyan yooo...
  • MLM ker bro...
  • Rileks bro......

Assalammualaikum...


Kami bertolak dari KL dalam pukul 1528hrs dari LRT Bukit Jalil... ( Last passenger Rosli aka Cebek b4 Syarizal aka Toyol kantoi tertidur kat bus stand tunggu ana.... sian kat u bro...).. Ana actually tak suka guna nick yg pelik2 kat blog nie..
Takper ana cuba "filter" dengan sebaik mungkin....
Dalam perjalanan di maklumkan oleh Syarizal yang ana kena amek Badrulzaman kat Rantau...( erkk terpeK' jugak jauh jugak tue...dalam hati la....)
Dalam perjalanan macam biasa chat ngan dorang berdua.... macam2 citer kuar.....
Rosli cam 'amaze' kat garmin 765 nuvi... ( syorkan skot dapat satu jika ada wit lebey..... la ) . Dia suka bila ada ' alert" kat speedtrap area... ( anyway ana respek spring kat rosli coz biasa drive 180-200KM/h perghhhh ) laju giler...( sila baca dalam nada ustaz kazim punya tone...huhu )
Tiba2 ...... suspen ...ana rasa cam ana ngan Rosli jer yang bercakap .... rupe2 nyer.. Syarizal baikpunye tido kat belakang beb... ( maklum la bangun pagi pukul 0400hrs katenye... excuse accepted ...ahaiii )....Dalam pukul 1708hrs sampai kat umah man...Sempat juga site view rumah man yang baru tue...beso jugak tapak umahdier..Camleh tambah 2bijik jerhhh..

PAStue terus drive ke Melaka.... After cross toll Ayer Keroh , semua perut dah lapo ( to be honest b4 tue lagi pun memang lapo )...
Sampai kat satu tempat Ayer Keroh tue ala ala R &R terus u-turn dan makan kat situ.Ana tengok Rosli ngan Man makan Asam Podeh cam bes jerk...Memang bes pun..perghhhhhh .Ana just kue tiaw & Syarizal lak roti john yang panjang ... erkkk mmg lapanjang kan ...huhuhu.

Sampai kat Melaka area berpusing -pusing cari Hotel Samudera aka Syahbandar.. pergh gps pun pening beb....Alhamduliilah , tetiba jer Syarizal ingat lak jalan ke hotel tue...konpius ana .Owang Melakeee pun taktau beb.

After check-in kelam kabut mandi coz jam dah tunjuk pukul 2032hrs ( 2100 hrs meeting beb harys di ingat ).

Raja & Salman dan call dah ..bila nak sampai... PAStue sesat lagi nakpegi opis Salman nie siap ngan jem lagik...
(Note: Nak wat camner kalu dah " tour guide in house" pun blur...adehhh )

Sampai kat opis Salman ramai dah ader... Apa lagi start la meeting..( btw.. on behalf of my group really sori 4 the late attendance)
Meeting biasa jer cam jugak meeting yang lain...rasanya ' ngak fir' la ana bagitau butiran "minute meeting" coz biarler tuan Setiausaha kiter yang akan distributekan pada semer.

PAStue balik hari ahad... lepas laypark kat starbuck ( dataran Pahlawan) trus drive ker KayEl bro...
Tengah jalan ...bro rosli offer singgah kat umah dia kat Masjid Tanah...Kiter ok jerk...
Lepas tengok pojek ikan keli trus pegi umah aWAL.. ( pojek lembu beb)....
Setel semer baru realchow to KayEl...

amios adigos

24434


Ahad, 24 Januari 2010

Lan aka Lan labu

Ana baru dapat call dari Mr rosli aka cebek kata lan labu sakit.. Actually dalam tour ke masjid tanah semalam ada jugak dok sebut cerita pasal lan labu nie. Ingat dah sihat rupanya tak lagi.. Pada Lan , ana berdoa moga2 cepat recover. Those yg nak melawat , En rosli ada cakap nak pegi hari sabtu nie. ( ana tak dapat kalu hari sabtu...tapi kalau hari biasa after work no probla)..apa apa pun jika jadi pegi sila update balik ya.

Penubuhan Koperasi

For info
Salam
Buat pengetahuan skot-skot kita bercadang utk menubuhkan koperasi "KOPERASI PERANTIS PUTERA 8888"Ekoran dari penubuhan itu satu mesyuarat diadakan telah diadakan pada 23 jan 2010 dimelaka (Opis salman).Kehadiran 21org(mana lagi?????).Diantara agenda yg telah dirangka adalah membincangkan tatacara penubuhan, modal,syer,dividen bonus dan berbagai-bagai lagi.Juga ucapan tahniah pada skot awal dan akhir yg banyak memberi komen dan pandangan.Secara jujur aktiviti yg dirancang ini adalah yg terbaik utk kita bersatu sebagai sebuah pasukan dan serta sebagai sebuah keluarga yg bermuafakat dari segala sedut.Dari itu saya menyeru pada skot diluar sana ayuh marilah kita berganding bahu demi merealisasikan impian kita.Buktikan pada pada semua bahawa sanya kita boleh dan mampu berjuang demi keluarga tercinta....Pada skot yg berusaha keras utk menjayakan terima kasih semoga usah anda dapat membakat semangat skot kita yg masih berpeluk tubuh!

Sabtu, 2 Januari 2010

Selamat tahun Baru

Salam

Bak kata org tua yang patah kan tumbuh hilang kan berganti....Kalau genggam arang biar jadi Abu dlm diam skot hampir kepenamat perkhidmatan..so welcome to new life....Dulu semua dah disediakan ...Sekarang semua kena cari sendiri .....Lantas itu bagi mereka-mereka yg akan berpencen dan mendapat wang LTAT hati-hatilah berbelanja jgn terpengaruh dgn budaya-budaya yg menyesatkan...selesaikan hutang yg tertangguhlagi baik...Diluar sana banyak manusia yg pandai mengambil hati...seolah teman sebantal atau seselimut..Diatas pengalaman yg saya alami banyak pesara-pesara ditipu contoh rakan perniagaan,skim cepat kaya,enjoy berlebihan dan lain-lain...Dari rancanglah sekarang apa yg terbaik utk dibuat...Selamat tahun Baru 2010 kepeda bro C7,skot-skot, adik tersayang C9 moga dengan kehadiran nya kita berhijrah kealam yg lebih sempurna...Wassalam

535249 Badrulzaman

Selasa, 8 Disember 2009

Bantuan

Salam

Pada skot-skot sesiapa yg tahu dimanakah Lan Labu tolong berikan alamat dia...Sebab saya dengar
dia menderita kerana sakit strok...So YDP @ skot bila kite nak buat lawatan....Setahu saya kita punyai 150 skot kesemua.2 orng kerahmatullah...Apalah salahnya kite pegi melawat dia tapi tak dapat membantu dari segi kewangan cukup sekadar mengembirkan skot kite...Saya amat berharap YDP dan yanglain dapat mengumpulkan skot bagi tujuan ini...Dengan ini saya mencadangkan agar dilantik AJk ....

Masih ada yg sayang....

Badrul..