Selasa, 8 Disember 2009

Bantuan

Salam

Pada skot-skot sesiapa yg tahu dimanakah Lan Labu tolong berikan alamat dia...Sebab saya dengar
dia menderita kerana sakit strok...So YDP @ skot bila kite nak buat lawatan....Setahu saya kita punyai 150 skot kesemua.2 orng kerahmatullah...Apalah salahnya kite pegi melawat dia tapi tak dapat membantu dari segi kewangan cukup sekadar mengembirkan skot kite...Saya amat berharap YDP dan yanglain dapat mengumpulkan skot bagi tujuan ini...Dengan ini saya mencadangkan agar dilantik AJk ....

Masih ada yg sayang....

Badrul..

Laman Web Perantis Putera 8/88

Kepada skot2 app siri 8/88 semua sy telah membuat laman web ning utk kita semua, jadi sy menjemput semua skot2 utk melayarinya di www.perantisputera88.ning.com. Kerjasama skot2 semua sy ucpkan terima kasih, tindaklah skrg....now...now....

Ahad, 6 Disember 2009

ALAMAT EMAIL AKU

zorro5363@yahoo.com atau zorro5363@gmail.com untuk anda hubungi

Selasa, 1 Disember 2009

Tangkapan terbaru

Setelah berhempas pulas inilah hasilnya......Macaman skot ok tak!!!Tempat dirahsiakan mengelakan dari pupus...

Isnin, 30 November 2009

Cuti

Salam

Ingin saya mengimbas kembali nostalgia kita bersama-sama Abg c 7 dimana terdapat banyak kenangan yg ditinggalkan .Yang paling tidak dapat dilupakan ialah 'kandang babi'yg telah direka oleh abg c7.Kandang ini juga berupaya menampung seberapa banyak pesalah-pesalah isa yg tanpa bicara terkurung dan terhukum tapi akhir ia musnah oleh undang-undang yang sedia ada..(ada yg report)Dalam pada itu kita dikejutkan dengan kehadiran 6 jahanam yg berjaya mencipta sejarah(wow!!!tapi kantoi).Berbagai-bagai aktiviti yg telah dijalan kan seperti latihan ketenteraan,kursus meriam, BDP,survey dan radar.Ada juga kursus mempertahankan diri tapi lan labu gaduh dgn mahmud koboi juga tapi yg penting ia sekadar seketika...Bila Abg C7 tujuh dah passing out apalagi C8 naik tocang nak tunggu adik C9...Diantara C9 yg pernah saya ragging ialah halim iatu masuk dalam keranda mayat dekat madrasah kita....Kalau dia membaca saya mintak maap banyak2 dulu tu gurau aje..Bila dah senior ada gaya sikit tapi yg tak best setiap malam john(MLM minggu) sjn Humaidi suruh menyanyi....Boring betul tapi zamri skot kite masa tu tunjuk bakat.dalam pada itu saya nak ucapkan tahniah pada moktar turin fight tinju dengan Sjn Humaidi..Hampir kalah mamat tu masa tu aku sokong sepadu-padunya tapi sayang tak sampai habis sebab duti Officer dtg kena bersurai..Hari berlalu dengan pantasnya kita telah dinobatkan sebagai Askar terlatih pada 15 ogos 1990(kalau Tak silap)Saat itu kita mula terpisah...Aku terasa sangat pilu tiada derai tawa dan keluh resah skot kite...Yang patah tumbuh hilangkan berganti...Kite masing2 membawa haluan yg telah ditentukan oleh allah..Ada sahabat kite yg telah bertemunya pada usia yg muda(al-fatihah).Dari itu dikesempatan yg mulia ini saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua skot-skot ,adik-adik siri 9 danAbg c7.Maaf zahir Batin..
535249 Badrulzaman(occi)

Cuti

Rabu, 25 November 2009

UCAPAN SALAM AIDIL ADHA 1430H


DIKESEMPATAN INI SAYA DAN KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA KEPADA SEMUA SKOT SEMOGA BERBAHAGIA DISAMPING ORANG TERSAYANG. SIAPA ANTARA SKOT YANG TELAH PERGI MENUNAIKAN FARDHU HAJI? BERHATI-HATI DIJALAN RAYA KETIKA PULANG KEKAMPUNG.

Selasa, 3 November 2009

MAJLIS MERAIKAN SKOT YG DINAIKAN PANGKAT DARI PW I (MG) KE LT

Untuk maklumat semua skot, pada 6 Nov 09 satu majlis meraikan 2 orang skot yang akan dinaikkan pangkat dari PW I ke Lt. Majlis akan diadakan di K.Lumpur jam 0900 bertempat Restoran Kg Pandan. Skot yang dinaikkan pangkat adalah 535295 PW I (MG) Muhamad bin Abd Mutalib (Mat Kerbau) dan 535325 PW I (MG) Roslan bin Abd Samah (Lan Bulu). Tahniah diucapkan.

MAAF SKOT!!!!! TARIKH MAJLIS MERAIKAN DITUNDA KETARIKH YANG AKAN DIMAKLUKAN KEMUDIAN.

Isnin, 2 November 2009

MAJLIS REUNION TAHUN 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada semua skot Perantis Putera Siri 8/88, majlis Reunion tahun 2010 akan diadakan di Taiping Perak. Maklumat ini telah telah disampaikan oleh saya kepada Skot di Taiping. Tarikh Renion akan dimaklumkan kelak. Terima kasih

Ahad, 1 November 2009

Berita Baik bagi skot yang dah tidak berkhidmat

Sesiapa skot yang dah berhenti anda boleh memohon Kad perubatan seperti mana pesara-pesara tentera dapat.so anda akan dapat contohnya kelas 2 hospital kerajaan dan kos perubatan percuma dan juga layak membuat pinjaman peribadi di BSN ,eon bank dan Dll.Saya baru dapat info dari bombedier kalid RP (masa kite dlm perantis lagi kalau siapa skot yg ingat).Apa yg dokumen yg diperlukan.
1.Kad pengenalan suami/isteri(gendul tak payah)
2.Kad akuan perkidmatan.
3.Sijil Nikah(gendul tak payah)
4.Bayaran izin hati(Bomberdier khalid nak naik KL)
Jangan tunggu lagi sebab ini peluang baik Datuk Najib bagi peluang...1 Malaysia.......Cuma yang berhenti pasal dadah minta maaf tak dapek den nak tolong....Lu pikirlah sendiri..

Sabtu, 24 Oktober 2009

Salam...................

Cantik dah skot blog nih....
bila kita nak g taiping plak...
jangan lupe mulakan simpanan

Khamis, 22 Oktober 2009

Pancing


Siapa yang berani .......

Impian terlaksana

Tahniah pada skot yang menjayakan blog ini nanti sama-samalah kita enter info yg latest tunggu.....

Ahad, 18 Oktober 2009

PENERIMAAN PINGAT PJK MELAKA

SALMAN TELAH MENERIMA ANUGERAH PINGAT JASA KEBAKTIAN (PJK)NEGERI MELAKA PADA 11 OKT 09. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA BELIAU.

Khamis, 15 Oktober 2009

MAJLIS REUNION TAHUN 2008



Majlis Reunion telah diadakan di PD Marina pada bulan Ogos 2008. Seramai 86 skot bersama-sama keluarga telah menghadiri majlis tersebut. Semoga aktiviti ini dapat diadakan lagi dimasa hadapan.

Isnin, 12 Oktober 2009

PENDAPATAN SAMPINGAN (FOREX)

ASSALAMUALAIKUM SKOT...... Untuk maklumat skot, Saya bermain Forex hampir dah setahun. Mungkin skot tlh membaca dan mengetahui tentang forex, namun tidak tahu bagaimana nak berurusniaga dengan forex. Disini saya ingin kongsi bersama dengan skot untuk berurusniaga di dalam forex.

Saya bukan jurujual dgn ayat manis yang menabur pelbagai janji serta memberikan gambaran kekayaan mudah dan cepat dalam urusniaga Forex tetapi saya ingin berkongsi pengalaman pahit-manis bersama skot dalam Forex. Saya ingin menjemput semua skot utk mengenali forex dgn lebih dekat dengan menghadiri Seminar Forex Percuma. Saya akan mendedahkan fakta-fakta yang patut diketahui yg tidak dinyatakan dalam mana-mana seminar Forex sebelum ini.

Khamis, 17 September 2009


Majlis Berbuka Puasa yang diadakan pada 30 Ogos 09 bertempat di Hotel Angkasa MITC, Air Keroh, Melaka
Assalammualaikum,

Gd affd for dis blog & keep it up

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA SKOT SIRI 8/88 DARI 5246 BUNAWAN DAN KELUARGA.
DENGAN INGATAN BERHATI-HATI DIJALAN RAYA

Rabu, 16 September 2009

BERITA KEMATIAN AHLI KELUARGA

- 10 Sep 09 - Isteri tersayang 5371 Zamri telah kembali kerahmatullah

- 15 Sep 09 - Ibu tersayang 5350 Surrmay telah kembali kerahmatullah

- 5 Okt 09 - Ayah tersayang 5278 Mohd Harris iaitu Allahyarham Abu Bakar Mustafa.

Sama-samalah kita mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH!

APPERANTIS RAD SIRI 8/88

APP RAD 8/88 - Blog ini diwujudkan adalah untuk memberi maklumat APP 8/88 kepada semua skot mengenai maklumat, aktiviti, perancangan skot-skot. Semoga dengan adanya blog ini skot-skot akan dapat sedikit sebanyak maklumat mengenai skot-skot. Diharap skot-skot dapat memberi kerjasama memberi maklumat untuk tatapan semua skot-skot.