Isnin, 30 November 2009

Cuti

Salam

Ingin saya mengimbas kembali nostalgia kita bersama-sama Abg c 7 dimana terdapat banyak kenangan yg ditinggalkan .Yang paling tidak dapat dilupakan ialah 'kandang babi'yg telah direka oleh abg c7.Kandang ini juga berupaya menampung seberapa banyak pesalah-pesalah isa yg tanpa bicara terkurung dan terhukum tapi akhir ia musnah oleh undang-undang yang sedia ada..(ada yg report)Dalam pada itu kita dikejutkan dengan kehadiran 6 jahanam yg berjaya mencipta sejarah(wow!!!tapi kantoi).Berbagai-bagai aktiviti yg telah dijalan kan seperti latihan ketenteraan,kursus meriam, BDP,survey dan radar.Ada juga kursus mempertahankan diri tapi lan labu gaduh dgn mahmud koboi juga tapi yg penting ia sekadar seketika...Bila Abg C7 tujuh dah passing out apalagi C8 naik tocang nak tunggu adik C9...Diantara C9 yg pernah saya ragging ialah halim iatu masuk dalam keranda mayat dekat madrasah kita....Kalau dia membaca saya mintak maap banyak2 dulu tu gurau aje..Bila dah senior ada gaya sikit tapi yg tak best setiap malam john(MLM minggu) sjn Humaidi suruh menyanyi....Boring betul tapi zamri skot kite masa tu tunjuk bakat.dalam pada itu saya nak ucapkan tahniah pada moktar turin fight tinju dengan Sjn Humaidi..Hampir kalah mamat tu masa tu aku sokong sepadu-padunya tapi sayang tak sampai habis sebab duti Officer dtg kena bersurai..Hari berlalu dengan pantasnya kita telah dinobatkan sebagai Askar terlatih pada 15 ogos 1990(kalau Tak silap)Saat itu kita mula terpisah...Aku terasa sangat pilu tiada derai tawa dan keluh resah skot kite...Yang patah tumbuh hilangkan berganti...Kite masing2 membawa haluan yg telah ditentukan oleh allah..Ada sahabat kite yg telah bertemunya pada usia yg muda(al-fatihah).Dari itu dikesempatan yg mulia ini saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua skot-skot ,adik-adik siri 9 danAbg c7.Maaf zahir Batin..
535249 Badrulzaman(occi)

Cuti

Rabu, 25 November 2009

UCAPAN SALAM AIDIL ADHA 1430H


DIKESEMPATAN INI SAYA DAN KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA KEPADA SEMUA SKOT SEMOGA BERBAHAGIA DISAMPING ORANG TERSAYANG. SIAPA ANTARA SKOT YANG TELAH PERGI MENUNAIKAN FARDHU HAJI? BERHATI-HATI DIJALAN RAYA KETIKA PULANG KEKAMPUNG.

Selasa, 3 November 2009

MAJLIS MERAIKAN SKOT YG DINAIKAN PANGKAT DARI PW I (MG) KE LT

Untuk maklumat semua skot, pada 6 Nov 09 satu majlis meraikan 2 orang skot yang akan dinaikkan pangkat dari PW I ke Lt. Majlis akan diadakan di K.Lumpur jam 0900 bertempat Restoran Kg Pandan. Skot yang dinaikkan pangkat adalah 535295 PW I (MG) Muhamad bin Abd Mutalib (Mat Kerbau) dan 535325 PW I (MG) Roslan bin Abd Samah (Lan Bulu). Tahniah diucapkan.

MAAF SKOT!!!!! TARIKH MAJLIS MERAIKAN DITUNDA KETARIKH YANG AKAN DIMAKLUKAN KEMUDIAN.

Isnin, 2 November 2009

MAJLIS REUNION TAHUN 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada semua skot Perantis Putera Siri 8/88, majlis Reunion tahun 2010 akan diadakan di Taiping Perak. Maklumat ini telah telah disampaikan oleh saya kepada Skot di Taiping. Tarikh Renion akan dimaklumkan kelak. Terima kasih

Ahad, 1 November 2009

Berita Baik bagi skot yang dah tidak berkhidmat

Sesiapa skot yang dah berhenti anda boleh memohon Kad perubatan seperti mana pesara-pesara tentera dapat.so anda akan dapat contohnya kelas 2 hospital kerajaan dan kos perubatan percuma dan juga layak membuat pinjaman peribadi di BSN ,eon bank dan Dll.Saya baru dapat info dari bombedier kalid RP (masa kite dlm perantis lagi kalau siapa skot yg ingat).Apa yg dokumen yg diperlukan.
1.Kad pengenalan suami/isteri(gendul tak payah)
2.Kad akuan perkidmatan.
3.Sijil Nikah(gendul tak payah)
4.Bayaran izin hati(Bomberdier khalid nak naik KL)
Jangan tunggu lagi sebab ini peluang baik Datuk Najib bagi peluang...1 Malaysia.......Cuma yang berhenti pasal dadah minta maaf tak dapek den nak tolong....Lu pikirlah sendiri..