Khamis, 17 Jun 2010

Jumpa skot kat sabah


Diantara skot yg saya jumpa disabah....

Selasa, 8 Jun 2010

Minta bantuan

Salam
Pada skot yg kat sabah saya akan kesana pada 14.jun.2010 hingga 16 jun 2010.So minta tolong tunjukan jalan kat mana yg patut saya pegi maklumlah takut sesat....For info saya menaiki flight air asia bersama family saya...Saya ingin sangat berjumpa skot kat sana sebelum anda semua bersara..Terutama Vilus,Razali,Yatim,Zaini dan lain-lain lagi yg berada disabah....Harap maklum pada adik-beradik sabah>>>>>

Jumaat, 28 Mei 2010

SKOT-SKOT APP 8/88

WAHAI SKOT2 SEMUA, MENGAPA KALIAN SEPI TANPA KHABAR BERITA. WAHAI SKOT, RAJIN2LAH MENLAYARI BLOG INI UNTUK SAMA-SAMA KITA BERTANYA KHABAR BERITA DAN MENGETAHUI AKTIVITI SKOT2 KITA. K................

Rabu, 24 Mac 2010

KEMBALI KERAHMATULLAH


ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA 535279 MOHD REDZUAN BIN ABD LATIF(UJANG) TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA 23 MAC 2010 DAN TELAH DISEMADIKAN DI SENALING, NEGERI SEMBILAN. DIHARAP SEMUA SKOT BERDOA AGARA ROHNYA DITEMPATKAN DENGAN ORANG YANG BERIMAN.
AL-FATEHAH.

Selasa, 23 Mac 2010

re-union

Dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.Sesungguhnya ketahuilah saudara-saudaraku kita baru sahaja melepasi hari kelahiran junjungan besar kita nabi muhamad saw.Dari itu marilah berselawat dan salam pada junjungan besar nabi kita agar kita mendapat nur pertunjukan dan barakah darinya.Izin saya untuk berceloteh dan mengomen sedikit tentang perjumpaan yg akan diadakan(re-union)pada tahun ini insyallah..
Saya masih tertanya-tanya bilakah re-union akan diadakan?adakah ianya kan dihadiri muka yg sama?atau mungkin pertambahan yg drastik?atau kemerosotan yg setara dgn ekonomi negara?Saya amat menghargai tuan-tuan yg telah menjayakan re-union yg lepas dimana disaat akhir perpisahan terjadi adegan yg menghayat hati dimana banyak jantan-jantan bermisal dan berjanggut tebal menangis.Setelah majlis tangis-menenagis selesai dalam kereta anak saya bertanya apakah yg membuatkan ayah menangis?Lidahku kelu utk menjawab lantas isteriku menjawab itulah nilai persahabatan yg sejati.Anak ku bertanya lagi perlukah kita menangis utk membuktikan segalanya?Deangan pantas ku menmjawab air mata ayah menjadi saksi bahawa mereka sentiasa kukenang hingga ke akhir hayat.Dari peristiwa itu hati saya amat tersentuh dan terusik bertapa indahnya persahabatan skot c8/88.secara jujur saya amat bangga berada dalam kelurga c8 ini.Apa yg menjadi doa dan harapan marilah kita bersama menjayakan re-union yg akan diadakan kelak.Kemuafakatan membawa berkat......

Badrul N9

Ahad, 7 Februari 2010

Penjelasan

Salam
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih pada SJ(skot Johor) yang memberikan komen yang bernas dan membina.Biarlah saya menerangkan serba sedikit pengetahuan saya terhadap koperasi yang hendak ditubuhkan.

Koperasi Apperantis Putera Rejimen Artileri Di Raja 8/88 (selepas ini dikenali sebagai “KOPERASI”) ditubuhkan pada tahun 2010 oleh bekas-bekas pelajar APPRAD untuk melahirkan bakal-bakal usahawan, memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada ahli, mempertingkatkan pendapatan ahli, menggabungkan kemahiran sedia ada, serta member khidmat kebajikan sosio-ekonomi kepada ahlinya. Sesuai denga tujuannya untuk member peluang untuk memulakan perniagaan kepada ahlinya selain memberikan pulangan dan keuntungan yang lebih efektif kepada KOPERASI dan ahli, Biro Pemasaran KOPERASI melalui kertas kerja ini, ingin mencadangkan penglibatan pihak KOPERASI dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan,makanan,muzik dan ternakan lembu. Pihak KOPERASI akan bertindak sebagai pengurus projek bagi kerja-kerja penyelenggaraan ,makanan,muzik dan ternakan lembu ini, di mana pihak KOPERASI melantik ahli yang berpengalaman di dalam bidang teknikal untuk menguruskan projek, dengan dibantu oleh ahli-ahli KOPERASI yang baru sahaja bersara. Ini sekaligus bukan sahaja dapat memberikan peluang pekerjaan kepada ahli KOPERASI yang sudah bersara, malah boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada pihak KOPERASI.

Objektif

1. Menyediakan peluang pekerjaan kepada ahli, terutamanya untuk ahli yang sudah bersara.

2. Mendatangkan keuntungan kepada KOPERASI, sekaligus mengukuhkan dana KOPERASI.

3. Memperkenalkan nama KOPERASI kepada masyarakat umum melalui penglibatannya dalam kerja-kerja penyelenggaraan, sekaligus memberikan keyakinan kepada masyarakat untuk menjadi ahli KOPERASI.

4. Merapatkan hubungan persaudaraan sesama ahli melalui penglibatan bersama di dalam projek.

Oleh sebab itu kita mesti menyediakan kertas kerja yg berkaitan.So satu mesyuarat kecil diadakan bagi tujuan tersebut sebelum dibentang pada mesyuarat agong contoh pada re-union yang akan datang.Tidak timbul isu untuk menyembunyikan sesuatu dan mengecilkan atau mengenepikan sesiapa....Sekiranya ada skot2 yang berminat untuk membuat artikal atau proposal silakan pintu sentiasa terbuka...Untuk pengetahuan skot saya tidak pernah menganggap skot kita ada 148 org sebaliknya 150 org sebab biar pun jasad tidak ku lihat tapi semangat c8 tetap unggul dihati setelah sumpah setia kita lafazkan pada 1/8/88 bersama.Gempur-gempur wira ,maju-maju mara,rela berkorban jiwa, harta atau pun nyawa(hayatilah lagu tema kita)

Insan perhatian

Rabu, 3 Februari 2010

KOPERASI

AKU MEWAKILI SKOT SEPERTI RAJA AZMAN, MOKHTAR, HAZIZI, YUSOF, DAUD DAN WAN OTHMAN INGIN MENYATAKAN BAHAWA KAMI TIDAK BERSETUJU DENGAN PENUBUHAN KOPERASI. KALAU NAK TUBUH JUGAJANGAN MENGGUNAKAN SESEKALI NAMA APP SIRI 8 @ 8/88 @ KENA-MENGENA TTG SKOT KITA SBB BANYAK RISIKO YG DIPERLU DIKAJI. NAMA ITU DIPUNYAI OLEH 148 SKOT YANG ADA HAK TERHADAPNYA. BANYAK LAGI BENDA YANG PERLU KITA FIKIRKAN UNTUK PENUBUHAN KOPERASI TERSEBUT. KAMI SKOT KAWASAN SELATAN MENCADANGKAN FIKIRKAN DULU BILA KITA PERLUKAN ADAKAN REUNION SKOT KITA DAN DI SITU BARU KITA PUTUSKAN DENGAN SUARA RAMAI BUKAN SUARA YANG HANYA ADA DARI WAKIL 21 SKOT SAJA, NANTI ADA SKOT KITA YANG TERASA HATI DAH TUA2 NI. APA YANG AKU TULIS NI BUKAN NAK MENGADA2 TAPI INI KOMITMEN KAMI KAWASAN SELATAN BUAT PERJUMPAAN SELURUH JOHOR UTK MENCAPAI SATU KEPUTUSAN AGAR KITA SEDAR BAHAWA ADA RAMAI LAGI SKOT APP SIRI 8/88.,
----------------------------------------------------------------------
Assalammualaikum,
Di atas adalah latest posting dari http://perantisputera88.ning.com/forum/topics/hasil-perjumpaan-skotx-kawasan ,..Ini adalah respon dari ' skot aka team johor'. Cuma ana nak mencelah sedikit SECARA PERIBADI sebenarnya TIDAK ADA PAKSAAN pun kepada mana skot2 yang masih berkhidmat ataupun dan bersara ( spt ana ) join KOPERASI. Even ana sendiri pun tak pasti akan join . Tapi berilah ruang & peluang kepada skot aka rakan2 kita lain yang berminat untuk penubuhan Koperasi ni. Bukan senang sebenarnya dalam sesuatu gerak- kerja seperti nie. Wang,tenaga & masa sudah tentu memainkan peranan yang penting. ( credit shud be given to all involved in this matters)
Jika nak tunggu sehingga semua skot akan turun PAStu baru nak discuss , sampai bila ? ( setahun , duatahun ).
Apa pun terserah pada ANDA SEMUA.
INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI SAYA MD AKHIR@ EZRAL .
As for the rest of us....

KEEP IT COOL