Isnin, 15 November 2010
Reunion
Tarikh:4 dis ~ 5 dis 2010
Bayaran:Rm300.00
Bertempat:Melaka(butiran lanjut tanya salman)
Cara Pembayaran:Bank in keakaun Maybank Cikgu(muhamad)sebelum 22 nov 2010
Dari itu saya menyeru agar semua skot melapangkan masa utk menghadirkan diri...Tiada yg indah dari sebuah ikatan persaudaraan....
Khamis, 17 Jun 2010
Skot sabah
Selasa, 8 Jun 2010
Minta bantuan
Pada skot yg kat sabah saya akan kesana pada 14.jun.2010 hingga 16 jun 2010.So minta tolong tunjukan jalan kat mana yg patut saya pegi maklumlah takut sesat....For info saya menaiki flight air asia bersama family saya...Saya ingin sangat berjumpa skot kat sana sebelum anda semua bersara..Terutama Vilus,Razali,Yatim,Zaini dan lain-lain lagi yg berada disabah....Harap maklum pada adik-beradik sabah>>>>>
Jumaat, 28 Mei 2010
SKOT-SKOT APP 8/88
Rabu, 24 Mac 2010
KEMBALI KERAHMATULLAH
Selasa, 23 Mac 2010
re-union
Saya masih tertanya-tanya bilakah re-union akan diadakan?adakah ianya kan dihadiri muka yg sama?atau mungkin pertambahan yg drastik?atau kemerosotan yg setara dgn ekonomi negara?Saya amat menghargai tuan-tuan yg telah menjayakan re-union yg lepas dimana disaat akhir perpisahan terjadi adegan yg menghayat hati dimana banyak jantan-jantan bermisal dan berjanggut tebal menangis.Setelah majlis tangis-menenagis selesai dalam kereta anak saya bertanya apakah yg membuatkan ayah menangis?Lidahku kelu utk menjawab lantas isteriku menjawab itulah nilai persahabatan yg sejati.Anak ku bertanya lagi perlukah kita menangis utk membuktikan segalanya?Deangan pantas ku menmjawab air mata ayah menjadi saksi bahawa mereka sentiasa kukenang hingga ke akhir hayat.Dari peristiwa itu hati saya amat tersentuh dan terusik bertapa indahnya persahabatan skot c8/88.secara jujur saya amat bangga berada dalam kelurga c8 ini.Apa yg menjadi doa dan harapan marilah kita bersama menjayakan re-union yg akan diadakan kelak.Kemuafakatan membawa berkat......
Badrul N9
Ahad, 7 Februari 2010
Penjelasan
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih pada SJ(skot Johor) yang memberikan komen yang bernas dan membina.Biarlah saya menerangkan serba sedikit pengetahuan saya terhadap koperasi yang hendak ditubuhkan.
Koperasi Apperantis Putera Rejimen Artileri Di Raja 8/88 (selepas ini dikenali sebagai “KOPERASI”) ditubuhkan pada tahun 2010 oleh bekas-bekas pelajar APPRAD untuk melahirkan bakal-bakal usahawan, memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada ahli, mempertingkatkan pendapatan ahli, menggabungkan kemahiran sedia ada, serta member khidmat kebajikan sosio-ekonomi kepada ahlinya. Sesuai denga tujuannya untuk member peluang untuk memulakan perniagaan kepada ahlinya selain memberikan pulangan dan keuntungan yang lebih efektif kepada KOPERASI dan ahli, Biro Pemasaran KOPERASI melalui kertas kerja ini, ingin mencadangkan penglibatan pihak KOPERASI dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan,makanan,muzik dan ternakan lembu. Pihak KOPERASI akan bertindak sebagai pengurus projek bagi kerja-kerja penyelenggaraan ,makanan,muzik dan ternakan lembu ini, di mana pihak KOPERASI melantik ahli yang berpengalaman di dalam bidang teknikal untuk menguruskan projek, dengan dibantu oleh ahli-ahli KOPERASI yang baru sahaja bersara. Ini sekaligus bukan sahaja dapat memberikan peluang pekerjaan kepada ahli KOPERASI yang sudah bersara, malah boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada pihak KOPERASI.
Objektif
1. Menyediakan peluang pekerjaan kepada ahli, terutamanya untuk ahli yang sudah bersara.
2. Mendatangkan keuntungan kepada KOPERASI, sekaligus mengukuhkan dana KOPERASI.
3. Memperkenalkan nama KOPERASI kepada masyarakat umum melalui penglibatannya dalam kerja-kerja penyelenggaraan, sekaligus memberikan keyakinan kepada masyarakat untuk menjadi ahli KOPERASI.
4. Merapatkan hubungan persaudaraan sesama ahli melalui penglibatan bersama di dalam projek.
Oleh sebab itu kita mesti menyediakan kertas kerja yg berkaitan.So satu mesyuarat kecil diadakan bagi tujuan tersebut sebelum dibentang pada mesyuarat agong contoh pada re-union yang akan datang.Tidak timbul isu untuk menyembunyikan sesuatu dan mengecilkan atau mengenepikan sesiapa....Sekiranya ada skot2 yang berminat untuk membuat artikal atau proposal silakan pintu sentiasa terbuka...Untuk pengetahuan skot saya tidak pernah menganggap skot kita ada 148 org sebaliknya 150 org sebab biar pun jasad tidak ku lihat tapi semangat c8 tetap unggul dihati setelah sumpah setia kita lafazkan pada 1/8/88 bersama.Gempur-gempur wira ,maju-maju mara,rela berkorban jiwa, harta atau pun nyawa(hayatilah lagu tema kita)
Insan perhatian
Rabu, 3 Februari 2010
KOPERASI
HASIL PERJUMPAAN SKOTX KAWASAN SELATAN
Isnin, 25 Januari 2010
Samudera ker Syahbandar bro...
- drop by kat umah awal tengok pojek lembu dier
- Pojek ikan keli beb....
- APO LOIIIII makan doyan yooo...
- MLM ker bro...
- Rileks bro......
Assalammualaikum...
Ahad, 24 Januari 2010
Lan aka Lan labu
Penubuhan Koperasi
Salam
Buat pengetahuan skot-skot kita bercadang utk menubuhkan koperasi "KOPERASI PERANTIS PUTERA 8888"Ekoran dari penubuhan itu satu mesyuarat diadakan telah diadakan pada 23 jan 2010 dimelaka (Opis salman).Kehadiran 21org(mana lagi?????).Diantara agenda yg telah dirangka adalah membincangkan tatacara penubuhan, modal,syer,dividen bonus dan berbagai-bagai lagi.Juga ucapan tahniah pada skot awal dan akhir yg banyak memberi komen dan pandangan.Secara jujur aktiviti yg dirancang ini adalah yg terbaik utk kita bersatu sebagai sebuah pasukan dan serta sebagai sebuah keluarga yg bermuafakat dari segala sedut.Dari itu saya menyeru pada skot diluar sana ayuh marilah kita berganding bahu demi merealisasikan impian kita.Buktikan pada pada semua bahawa sanya kita boleh dan mampu berjuang demi keluarga tercinta....Pada skot yg berusaha keras utk menjayakan terima kasih semoga usah anda dapat membakat semangat skot kita yg masih berpeluk tubuh!
Sabtu, 2 Januari 2010
Selamat tahun Baru
Bak kata org tua yang patah kan tumbuh hilang kan berganti....Kalau genggam arang biar jadi Abu dlm diam skot hampir kepenamat perkhidmatan..so welcome to new life....Dulu semua dah disediakan ...Sekarang semua kena cari sendiri .....Lantas itu bagi mereka-mereka yg akan berpencen dan mendapat wang LTAT hati-hatilah berbelanja jgn terpengaruh dgn budaya-budaya yg menyesatkan...selesaikan hutang yg tertangguhlagi baik...Diluar sana banyak manusia yg pandai mengambil hati...seolah teman sebantal atau seselimut..Diatas pengalaman yg saya alami banyak pesara-pesara ditipu contoh rakan perniagaan,skim cepat kaya,enjoy berlebihan dan lain-lain...Dari rancanglah sekarang apa yg terbaik utk dibuat...Selamat tahun Baru 2010 kepeda bro C7,skot-skot, adik tersayang C9 moga dengan kehadiran nya kita berhijrah kealam yg lebih sempurna...Wassalam
535249 Badrulzaman