Ahad, 1 November 2009

Berita Baik bagi skot yang dah tidak berkhidmat

Sesiapa skot yang dah berhenti anda boleh memohon Kad perubatan seperti mana pesara-pesara tentera dapat.so anda akan dapat contohnya kelas 2 hospital kerajaan dan kos perubatan percuma dan juga layak membuat pinjaman peribadi di BSN ,eon bank dan Dll.Saya baru dapat info dari bombedier kalid RP (masa kite dlm perantis lagi kalau siapa skot yg ingat).Apa yg dokumen yg diperlukan.
1.Kad pengenalan suami/isteri(gendul tak payah)
2.Kad akuan perkidmatan.
3.Sijil Nikah(gendul tak payah)
4.Bayaran izin hati(Bomberdier khalid nak naik KL)
Jangan tunggu lagi sebab ini peluang baik Datuk Najib bagi peluang...1 Malaysia.......Cuma yang berhenti pasal dadah minta maaf tak dapek den nak tolong....Lu pikirlah sendiri..

Sabtu, 24 Oktober 2009

Salam...................

Cantik dah skot blog nih....
bila kita nak g taiping plak...
jangan lupe mulakan simpanan

Khamis, 22 Oktober 2009

Pancing


Siapa yang berani .......

Impian terlaksana

Tahniah pada skot yang menjayakan blog ini nanti sama-samalah kita enter info yg latest tunggu.....

Ahad, 18 Oktober 2009

PENERIMAAN PINGAT PJK MELAKA

SALMAN TELAH MENERIMA ANUGERAH PINGAT JASA KEBAKTIAN (PJK)NEGERI MELAKA PADA 11 OKT 09. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA BELIAU.

Khamis, 15 Oktober 2009

MAJLIS REUNION TAHUN 2008



Majlis Reunion telah diadakan di PD Marina pada bulan Ogos 2008. Seramai 86 skot bersama-sama keluarga telah menghadiri majlis tersebut. Semoga aktiviti ini dapat diadakan lagi dimasa hadapan.

Isnin, 12 Oktober 2009

PENDAPATAN SAMPINGAN (FOREX)

ASSALAMUALAIKUM SKOT...... Untuk maklumat skot, Saya bermain Forex hampir dah setahun. Mungkin skot tlh membaca dan mengetahui tentang forex, namun tidak tahu bagaimana nak berurusniaga dengan forex. Disini saya ingin kongsi bersama dengan skot untuk berurusniaga di dalam forex.

Saya bukan jurujual dgn ayat manis yang menabur pelbagai janji serta memberikan gambaran kekayaan mudah dan cepat dalam urusniaga Forex tetapi saya ingin berkongsi pengalaman pahit-manis bersama skot dalam Forex. Saya ingin menjemput semua skot utk mengenali forex dgn lebih dekat dengan menghadiri Seminar Forex Percuma. Saya akan mendedahkan fakta-fakta yang patut diketahui yg tidak dinyatakan dalam mana-mana seminar Forex sebelum ini.